keropok lekor 300x225 Resepi KeropokResepi Keropok: Perusahaan Membuat Keropok.

Pantai Timur memang terkenal dengan perusahaan membuat keropok.Perusahaan ini banyak diusahakan secara kecil-kecilan di rumah-rumah dan kemudiannya dijual di gerai-gerai yang didirikan di tepi jalan.Di Terengganu misalnya,kawasan yang terkenal dengan perusahaan keropok ialah daerah Marang dan Kuala Terengganu terutamanya di Losong dan Chabang Tiga.


Bahan-Bahan Dan Resepi Keropok.

Keropok dibuat daripada ikan,udang,sotong dan kupang.Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan ialah ikan Parang,ikan Selayang,ikan Biji Nangka dan ikan tamban.Harga keropok bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.Keropok udang,sotong dan ikan parang lebih mahal berbanding dengan keropok yang dibuat daripada ikan-ikan lain kerana harga basah udang,sotong dan ikan Parang mahal.Keropok ikan paling laris jualannya kerana  harganya yang lebih murah dan rasanya juga enak.

Selain ikan,bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membuat keropok hanyalah tepung sagu dan garam.Bagi pembuat keropok di Kelantan,resepi keropok mereka menggunakan tepung kanji ataupun tepung ubi kayu bagi menggantikan tepung sagu.Mutu dan keenakan keropok bergantung kepada jenis ikan,nisbah campuran antara ikan dan tepung sagu dan kesegaran ikan.

Resepi keropok untuk menghasilkan keropok yang enak dan bermutu mestilah daripada ikan yang segar dan mempunyai nisbah isi ikan yang lebih berbanding dengan tepung sagu atau kanji.Keropok ini akan mengembang dua kali ganda apabila digoreng dan tidak gatal.

Resepi Keropok.

Untuk resepi keropok untuk menghasilkan keropok terbaik,ikan hendaklah dibersihkan dengan membuang kepala,perut dan kulit ikan.Kerja menyiang ikan ini biasanya dilakukan oleh beberapa orang suri rumah yang tinggal berdekatan dengan rumah pengusaha keropok.

Kemudian isi ikan diasingkan daripada tulang.Jika mesen pengisar digunakan,isi ikan dikisar bersama dengan tulang.Isi ikan yang telah halus kemudiannya digaul dengan tepung sagu,garam dan bahan perasa sehingga sebati.Kerja ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.Semua kerja tersebut dilakukan di rumah pengusaha keropok.

Bagi mereka yang mengusahakan keropok secara industri kampung,mereka biasanya menjual sendiri keropok-keropok yang dihasilkan dengan membuka gerai menjual keropok di hadapan rumah(biasanya terletak di pinggir jalan).Adunan keropok yang sudah sebati dimasukkan ke dalam besen-besen besar dan dibawa ke gerai-gerai di tepi jalan.Di sini adunan keropok akan diuli dan dibentuk bulat dan panjang.

Besar setiap lilitan keropok bergantung kepada harganya.Ada keropok yang dijual dengan harga 20 sen,50 sen dan RM1 sebatang.Keropok yang siap dibentuk ini kemudiannya dimasukkan ke dalam periuk besar yang airnya sedang mendidih.Untuk mengetahui keropok yang telah masak,keropok yang baru dimasukkan akan mendap dan akan timbul ke permukaan apabila keropok-keropok itu telah benar-benar masak..

Pelanggan yang datang boleh memilih samada ingin membeli keropok rebus atau keropok goreng.Jika mereka ingin membeli keropok goreng,keropok rebus yang telah masak akan dipotong pendek-pendek dan digoreng di dalam kuali.Keropok batang ini lebih dikenali sebagai keropok lekor yang beerti lengkar.Pembuat keropok ini turut menjual keropok kering atau keropok keping.

Bagi resepi keropok untuk menghasilkan keropok keping terbaik,keropok-keropok yang telah direbus disejukkan terlebih dahulu.Apabila sejuk,keropok ini akan menjadi pejal.Kemudiannya keropok ini akan dihiris nipis samada dengan menggunakan mesin menghiris atau pisau.Setelah dihiris,keropok itu diatur selapis di atas dulang yang berjaring.Kepingan-kepingan nipis keropok ini akan dijemur selama satu atau dua hari.Setelah kering keropok ini bolehlah dipek untuk dipasarkan.

Bagi mereka yang mengusahakan keropok kering secara komersil,mereka menggunakan mesin-mesin moden dalam proses pembuatannya.Adunan keropok yang telah sebati dimasukkan ke dalam mesin pembentuk.Hasilnya,batang-batang keropok yang mempunyai saiz dan ukur lilit yang telah ditetapkan akan terbentuk.

Batang-batang keropok ini tidak akan direbus sebaliknya akan dikukus selama antara 1 hingga 1 setengah jam di dalam bilik pengukus.Setelah disejukkan,keropok ini akan dihiris setebal 2 milimeter menggunakan mesin penghiris.Kepingan-kepingan keropok ini kemudiannya disusun dan dikeringkan sebelum dipek.Mereka yang menggunakan alatan mesin biasanya menghasilkan keropok untuk pasaran luar negara terutamanya Jepun.Bagi resepi keropok dalam buat keropok cara moden ini,ia membolehkan keropok dihasilkan dalam kualiti yang banyak dan bermutu tinggi kerana proses pembuatannya dilakukan dengan cekap dan cepat

Pemasaran Keropok.

Keropok keping mendapat pasaran yang meluas samada di dalam ataupun di luar negeri.Keropok lekor basah dan keropok lekor goreng hanya boleh dijual di gerai-gerai kerana tidak tahan lama.Keropok kering turut dijual di pasar-pasar borong dan pasar-pasar raya.Pengguna hanya perlu menggoreng keropok ini untuk dimakan.Keropok keping merupakan makanan ringan yang berkhasiat dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Kini,industri membuat keropok telah bertambah maju lagi dengan terciptanya keropok segera dalam pasaran.Keropok ini tidak perlu lagi digoreng terlebih dahulu sebaliknya boleh terus dimakan.Resepi keropok yang baik menghasilkan rasanya yang enak telah menyebabkan keropok ini boleh diperolehi di kebanyakan tempat di seluruh negara.

share save 171 16 Resepi Keropok

Tagged with:

Filed under: Keropok

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!