kilang keropok 300x225 Perusahaan KeropokLangkah Lengkap Perusahaan Keropok.

Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai.Makanan ringan ini lazimnya dibuat daripada ikan,udang atau sotong bersama tepung kanji atau tepung sagu sebagai bahan-bahan utama.Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan oleh perusahaan keropok pengusaha tempatan ialah ikan parang,tamban,selayang,biji nangka dan conor.

Mutu keropok yang diperoleh bergantung kepada beberapa faktor iaitu jenis ikan,nisbah bahan-bahan utama dan proses penyediaan.Keropok bermutu tinggi akan kembang sama rata menjadi ringan apabila digoreng dalam minyak panas.


Bahan Mentah Untuk Perusahaan Keropok.

Perusahaan keropok yang digambarkan dalam carta aliran di bawah merupakan perusahaan keropok pengeluaran 1,950 bungkus (300g/bungkus) sehari atau 39,000 bungkus sebulan (2o hari bekerja).Carta di bawah menunjukkan cadangan pelan kilang memproses keropok.

Berikut adalah bahan mentah untuk pengeluaran 1,950 bungkus keropok ikan.

  1. Ikan tamban – 900kg.
  2. Tepung ubi – 585kg.
  3. Garam halus – 23.4kg.
  4. Gula – 11.7kg.
  5. Bahan perasa(monosodium glutamate) – 1.2kg.
  6. Air – 120 liter.

Ringkasan  Proses:

Isi ikan + Tepung,garam,gula,bahan perasa dan air -> Gaul -> Bentuk -> Kukus(1 hingga 1 setengah jam) -> Sejukkan -> Hiris(2.0 – 2.5 mm tebal) -> Keringkan(5-6 jam) -> Keropok.

Cara Memproses Keropok:

  1. Ikan dibuang kepala dan perut,dibersihkan dan diasingkan isinya dengan mesin pengasing isi.Purata kadar perolehan isi ialah 65%.
  2. Isi ikan disukat dan digaul bersama tepung ubi,garam,gula,bahan perasa dan air hingga sebati selama 8-10 minit.
  3. Adunan dimasukkan ke dalam mesin pembentuk(stuffer),dibentuk mengikut saiz keropok yang dikehendaki kemudian diatur di dalam talam aluminium berlubang.
  4. Kukus selama 1 hingga 1 jam setengah.
  5. Keropok yang sudah masak disejukkan pada suhu bilik sehingga menjadi pejal.
  6. Keropok dihiris setebal 2.0 – 2.5 mm dengan mesin penghiris.
  7. Kepingan keropok diatur di dalam dulang berjaring dan dijemur selama 5 hingga 6 jam.
  8. Keropok dimasukkan ke dalam plastik(0.08 mm polyproylene).

Pelaburan Modal Untuk Perusahaan Keropok.

Harta Tetap:

A.  Tanah,bangunan dan kelengkapan.

  1. Tanah 24m x 44m @ RM40.00/meter persegi – RM42,240.
  2. Bangunan bertiang ‘reinforced concrete’ berdinding batu-bata setinggi 1.2m dan papan,berlantai simen dan beratap asbestos 15m x 20m @ RM183/meter persegi – RM54,900.
  3. Pendawaian elektrik dan pemasangan paip air – RM3,000.
  4. Kelengkapan pejabat – RM2,000.

Keseluruhan = RM102,140.

B.  Kenderaan.

  1. Van (1 buah) – RM25,000.

C.  Mesin dan alat-alat.

  1. Mesin pengasing isi(deboner) 1 fasa,24kk keupayaan 300kg/jam(1 unit) RM10,000.
  2. Mesin penggaul 1 fasa,1kk,keupayaan 100kg/jam(2 unit) – RM4,000.
  3. Mesin pembentuk(stuffer) (1 unit) – RM7,000.
  4. Pengukus dan kawah 3 unit – RM3,600.
  5. Mesin penghiris 1kk,keupayaan 72kg/jam (3 unit) -RM30,000.
  6. Mesin pencantum plastik (2 unit) – RM500.
  7. Tong menyimpan ikan ‘insulated’,jenis ‘fibreglass’ (5 unit) – RM4,000.
  8. Rak,talam dan peralatan lain – RM3,000.

Jumlah Harta Tetap = RM189,240.

Modal Pusingan:

Untuk memulakan projek perusahaan keropok ini,anggaran modal pusingan diperlukan diperlukan berjumlah sebulan kos pengeluaran,pemasaran dan pengurusan serta ditambah dengan peruntukan luar jangka sebanyak 10% kos-kos tersebut.

A.  Kos pengeluaran perusahaan keropok sebulan.

  • 1. Kos bahan mentah – ****1.Ikan tamban 18,000kg @ RM0.75 = RM13,500.  ****2.Tepung ubi 11,700kg @ RM0.75 = RM8,775.  **** 3.Garam halus 468kg @ RMRM0.44 = RM205.92.  ****4.Gula 234kg @ RM1.30 = RM304.20.  ****5.Bahan perasa 24kg @ RM5.34 = RM128.16.  ****6.Ais 50 blok @ RM10 = RM500.

Jumlah = RM23,413.28.

B.  Pembungkusan.

  • Plastik 100kg @ RM3.50 – RM350.
  • Kotak 500 @ RM0.50 – RM250.

Jumlah = RM600.

C.  Kos tenaga buruh.

  • 3 orang buruh mahir @ RM10/hari – RM600.
  • 20 orang buruh biasa @ RM8/hari – RM3,200.
  • KWSP (11%) – RM418.

Jumlah = RM4,218.

D.  Kos perkilangan.

  • Elektrik – RM100.
  • Kayu api – RM200.
  • Air – RM75.
  • Penyelenggaraan mesin dan alat-alat – RM150.
  • Susutnilai mesin dan alat-alat (10%) – RM517.50.

Jumlah = RM1,042.

JUMLAH KOS PENGELUARAN = Kos pengeluaran sebulan RM23,413.28 + Pembungkusan RM600 + Kos tenaga buruh RM4,218 + Kos perkilangan RM1,042  = RM29,273.78.

Anggaran Pusingan Modal.

Kos pengeluaran RM29,273.78 + Kos pemasaran dan pengurusan RM6,546.75 + Peruntukan luar jangka RM3,582.05 = JUMLAH RM39,402.58.

Anggaran Untung Rugi Sebulan.

A. Jualan – 39,000 bungkus @ RM1.25 = RM48,750. (Tolak)  Kos pengeluaran – RM29,273.78 = Untung kasar 19,476.22.

Untung kasar 19,476.22

Tolak(-)

B. Kos pemasaran dan pengurusan

Gaji pengurus 1 orang RM1,500.
Gaji pemandu 1 orang RM300.
Gaji jurujual 1 orang RM450.
Gaji kerani 1 orang RM300.
KWSP (11%) RM280.50.
Minyak kenderaan RM1,500.
Penyelengaraan van RM200.
Cukai jalan RM200.
Insuran kenderaan RM50.
Susutnilai kenderaan (20%) RM416.67
Susutnilai bangunan dan kelengkapan (5%) RM249.58.
Belanja pejabat RM100.
Keraian dan lain-lain RM1,000.

JUMLAH = RM6,546.75.

Untung sebelum cukai RM12,929.47.

Penilaian Am.

A.  Pelaburan modal Perusahaan Keropok.
Harta tetap – RM189,240.
Modal pusingan – RM39,402.58.

JUMLAH = RM228,642.58

B.  Pulangan atas pelaburan setahun – 67.86%

C.  Pulangan atas jualan – 26.52%

D.  Titik pulang modal perusahaan keropok  – 11,954 bungkus sebulan.

share save 171 16 Perusahaan Keropok

Tagged with:

Filed under: Keropok

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!