keropok udang 300x200 Jenis KeropokKeropok Udang.

Udang sejenis makanan laut yang kedua pentingnya selepas ikan.Udang yang diproses bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi untuk dieksport.Terdapat 2 jenis udang dingin beku yang dieksport oleh Malaysia iaitu udang yang diproses dan udang yang dimasak dan dibuang kulit.

Terdapat berbagai-bagai spesies udang.Antara species udang yang digunakan untuk diproses ialah udang putih,udang harimau hitam,udang bunga dan udang merah jambu.Spesies udang untuk keluaran yang dimasak pula ialah udang harimau dan udang tajam(sharp prawn).


Ada juga udang galah.Udang galah kebiasaannya diternak sepertimana ikan air tawar iaitu diternak di dalam kolam.Kadang-kadang udang galah diternak bersama ikan air tawar.Penternakan udang galah juga amat menggalakkan seiring dengan perkembangan penternakan ikan air tawar.

Udang sebagaimana ikan juga boleh disejukkan,didinginbekukan,ditinkan dan juga dikeringkan.Prosesnya sama seperti ikan.Apa yang berlainan ialah campuran bahan-bahan yang digunakan,alat yang digunakan dan jangka masa menyediakannya.

  • Keropok Udang – Keropok juga boleh dihasilkan daripada udang.Cara menghasilkan keropok udang hampir sama dengan cara membuat keropok ikan.Di Malaysia,keropok udang ini diusahakan oleh pengusaha berketurunan Cina.Keropok udang lebih mahal harganya daripada keropok ikan kerana udang berharga mahal.Formula yang digunakan untuk membuat keropok udang ini juga berbeza dengan keropok ikan.Kadar penggunaan kanji dalam pembuatan keropok ini juga tinggi.Selalunya sebahagian gelatin daripada kanji diperlukan dalam pembuatan keropok udang untuk mendapatkan keluaran yang seragam.Ini dapat dicapai dengan mencampurkan air panas ketika mencampurkan bahan-bahan.Penggunaan kanji yanag tinggi dalam pengeluaran keropok udang membuatkan keropok udang lebih baik daripada keropok ikan.

Keropok Sotong.

Sotong hidup di dasar laut.Bagaimanapun sotong boleh ditangkap dengan menggunakan alat yang canggih serta moden.Sotong selain dimasak sebagai lauk pauk juga boleh dibuat beberapa jenis makanan yang lain.Antaranya ialah keropok,sate,dikeringkan,ditinkan dan disejuk atau didinginbekukan.

  • Keropok Sotong – Keropok sotong sama keadaannya dengan keropok ikan dan udang.Apa yang mungkin berbeza ialah bahan mentah yang digunakan,rasanya,baunya dan jangka masa memproses.Keropok sotong dihasilkan daripada sotong yang telah dibersihkan.Sotong dibersihkan dengan membuang tulang,usus dan matanya.Setelah dibersihkan,sotong direbus sehingga masak.Apabila sudah masak,sotong akan dihancurkan sehingga lumat sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti tepung,kanji,perasa dan lain-lain lagi.Keropok sotong juga enak dimakan dengan cili sos atau dimakan dengan nasi.Keropok sotong harganya lebih mahal daripada keropok ikan.Keropok sotong banyak dihasilkan di negeri Pantai Barat.

Keropok Ikan.

Makanan utama penduduk Malaysia ialah nasi.Ikan ialah lauk yang paling penting.Boleh dikatakan setiap surirumah menghidangkan ikan setiap hari kepada keluarga mereka.Ikan kaya dengan sumber protien.Protien diperlukan badan untuk enaga dan pembinaan tisu terutama kanak-kanak.Dalam cuaca yang sejuk,kita perlukan protien yang lebih untuk memanaskan badan.Ikan mengandungi vitamin dan mineral untuk menguatkan tulang dan gigi.Kita mempunyai 2 jenis ikan iaitu ikan air masin dan ikan air tawar.Ikan air masin atau ikan laut pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu ikan dipermukaan laut dan ikan di dasar laut.Ikan di permukaan laut dikenali sebagai pelasik dan ikan di dasar laut ialah demersal.Ikan di permukaan laut hidup berkumpulan.Ikan di permukaan laut suka berpindah dari sebuah kawasan ke kawasan yang lain.Ikan-ikan ini suka berkumpul di kawasan-kawasan yang kaya dengan plankton.Plankton adalah sejenis tumbuhan dan hidupan halus di dalam air yang menjadi makanan ikan.Tujuan pemindahan ikan ini ialah untuk pembiakan dan mencari makanan.Bagaimanakah bentuk ikan-ikan ini.Ikan-ikan ini mempunyai bentuk yang panjang dan bulat.Ikan ini tergolong sebagai ikan yang aktif.Sebahagian besar ikan ini bersisik halus dan mempunyai ekor yang keras.Ikan ini terdiri daripada ikan kembung,Tenggiri,Parang,Bawal dan Bilis.Ikan dasar laut juga hidup berkumpulan.Ikan ini sukar dibezakan jenisnya.Ikan-ikan ini tidak aktif seperti ikan di permukaan laut.Kebanyakan ikan ini berbentuk pipih dan pendek.Ikan ini mempunyai sisik yang penuh.Contoh ikan ini seperti ikan Merah,Gelama,Duri dan Kerapu.Di Malaysia terdapat satu lagi jenis ikan.Ikan ini dikenali sebagai ikan darat.Ikan darat terdapat di lombong,paya,sungai dan sawah.Ikan-ikan ini hidup liar.Terdapat pengusaha ikan yang menternak ikan-ikan ini.Ikan ini diternak di dalam kolam-kolam yang telah disediakan.Ikan darat mendapat pasaran yang baik di negara kita.Ikan-ikan ini seperti ikan Haruan,Keli,Lampam,Sepat dan Kaloi.

  • Keropok Ikan - Keropok ikan merupakan makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan.Keropok ialah sejenis makanan ringan.Keropok ikan biasanya diperbuat daripada ikan Tenggiri,ikan Isi Putih,Kerisi dan Lorong Bara.Ikan yang hendak dijadikan keropok mestilah dibersihkan terlebih dahulu.Tulang ikan diasingkan daripada isi.Isi ikan akan dihancurkan.Bahan-bahan lain seperti tepung ubi,sagu,garam dan bahan perasa akan digaul bersama isi ikan tersebut.Keropok tidak menggunakan bahan pengawet atau pewarna.Bahan-bahan yang telah diuli ini akan dibentuk seperti batang.Batang-batang keropok ini akan direbus terlebih dahulu.Keropok direbus dalam kuantiti yang banyak.Selepas dikukus,keropok tadi akan dijemur terlebih dahulu.Ini untuk memudahkan proses menghiris.Keropok yang panjang akan dihiris nipis.Keropok dipotong dengan menggunakan mesin.Potongan boleh dilakukan dalam bentuk memanjang,bulat atau menyerong.Keropok terdapat dalam berbagai-bagai bentuk,saiz dan bungkusan.Keropok kemudiannya dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering.Keropok juga boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari.Penggunaan cahaya matahari kurang baik kerana tidak menjamin mutu keropok.Keropok yang telah dikeringkan akan dibungkus dengan kemas.Keropok ini dimasukkan ke dalam kampit plastik yang kalis udara untuk dipasarkan.

Masa Depan Keropok.

Kini keropok telah dieksport ke seluruh dunia.Keropok mendapat sambutan di negara-negara Arab terutama Arab Saudi.Keropok dieksport dalam bentuk bahan mentah.Keropok mesti digoreng sebelum dimakan.Ia enak dimakan bersama sos cili.Zat seperti kalsium dan fosforus terdapat banyak dalam keropok.

share save 171 16 Jenis Keropok

Tagged with:

Filed under: Jenis Keropok

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!